Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia selepas ditemui dalam kolam air buangan

TELUK INTAN – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kolam air buangan berhampiran sebuah rumah di Simpang Empat, Kampung Permatang Pelanduk, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kematian kanak-kanak perempuan itu pada jam 9.24 malam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kolam berkenaan sekitar jam 7 malam.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kolam air buangan dengan anggaran kedalaman 1.22 meter itu tidak dilengkapi sebarang ciri keselamatan seperti penghadang atau penutup,” katanya di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati, ketika kejadian, ahli keluarga dipercayai sedang melakukan kerja-kerja mengemas rumah selepas berlangsungnya satu majlis sebelum menyedari kehilangan mangsa.

kanak-kanak maut kolam Teluk Intan budak 3 tahun lemas kolam air buangan kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri kolam kejadian lemas Kampung Permatang Pelanduk kematian kanak-kanak Hilir Perak kolam tanpa penghadang punca tragedi kes lemas kanak-kanak Perak
Lokasi kejadian kanak-kanak tiga tahun ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kolam air buangan berhampiran sebuah rumah di Simpang Empat, Kampung Permatang Pelanduk, Teluk Intan.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang unsur jenayah yang berlaku dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Walau bagaimanapun Kok Lian berkata, siasatan lanjut ke atas insiden itu masih diteruskan, termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.

Dalam pada itu beliau menegaskan bahawa aspek keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama dan ia tidak boleh dipandang ringan.

“Ibu bapa serta penjaga diingatkan supaya sentiasa memastikan kanak-kanak berada dalam pengawasan rapi, khususnya di kawasan berisiko seperti kolam, longkang, parit atau mana-mana kawasan air terbuka.

“Langkah pencegahan seperti pemasangan penghadang, penutup atau pagar keselamatan hendaklah dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang,” katanya lagi.

“Polis menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa serta berharap kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pihak agar sentiasa mengutamakan keselamatan kanak-kanak dalam apa jua keadaan,” katanya lagi. – MG Perak

Arikel Berkaitan:

Lelaki warga Bangladesh ditemukan lemas dalam sungai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI