PERNAH diisytihar muflis selepas tiga bulan kedai emas miliknya dirompak tidak mematahkan semangat Pengarah Urusan DS Jewellers, Datuk Amaluddin Mohammed Ismail.
Anak kelahiran Parit Buntar itu berpandangan bahawa perniagaan emas yang diusahakan keluarganya sejak tahun 70an mempunyai nilai sentimental dan perlu diteruskan.
Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, Amaluddin berkata, keluarganya mula berniaga emas selepas bapa beliau membuka kedai emas di Taiping sekitar tahun 70an.
Beliau berkata, sebelum membuka kedai emas bapanya menjual batu cincin sejak tahun 60an memandangkan itu kemahiran keluarga bapanya sebelum ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #perniagaanemas #DSJewellers





