63,303 buku rujukan tambahan percuma untuk pelajar SPM di Perak

IPOH – Kerajaan Negeri Perak meneruskan inisiatif pemberian buku rujukan tambahan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani dengan peruntukan RM1 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebanyak 63,303 naskhah buku rujukan akan diedarkan secara percuma pada tahun ini berbanding 53,000 naskhah pada tahun lalu.

Katanya, inisiatif yang diterajui oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak itu membabitkan calon SPM berpotensi lulus yang memerlukan bimbingan tambahan.

buku rujukan percuma SPM Perak 2026 Tuisyen Cikgu Saarani, pelajar SPM Perak, bantuan pendidikan Perak, Yayasan Perak, calon SPM B40, buku rujukan SPM percuma, keputusan SPM Perak, inisiatif pendidikan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi sidang media pada Majlis Penyerahan Buku Rujukan Tambahan SPM Program Cikgu Saarani Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2026.

“Buku rujukan ini bukan sekadar himpunan soalan ‘past year series’ (soalan tahun lepas), sebaliknya ia merupakan soalan yang digubal khas oleh guru pakar dan pemeriksa kertas berdasarkan analisis keperluan murid di Perak.

“Ini kerana fokus kita adalah mahu membantu calon SPM yang berpotensi lulus, khususnya daripada keluarga B40, supaya mereka lebih bersedia dengan teknik menjawab yang betul ketika peperiksaan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Pelancaran Buku Rujukan Tambahan Tambahan SPM di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Isnin.

buku rujukan percuma SPM Perak 2026 Tuisyen Cikgu Saarani, pelajar SPM Perak, bantuan pendidikan Perak, Yayasan Perak, calon SPM B40, buku rujukan SPM percuma, keputusan SPM Perak, inisiatif pendidikan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika gimik Penyerahan Buku Rujukan Tambahan SPM Program Cikgu Saarani Tahun 2026 kepada wakil pelajar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2026.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Khan serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Zulkafli Mohamed Mokhtar.

Menurut Saarani, buat pertama kali inisiatif itu juga diperluaskan kepada pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Ujar beliau, ia dilihat sebagai usaha kerajaan negeri dalam terus memperluaskan akses sokongan kepada pelajar daripada pelbagai aliran pendidikan.

Pelajar memegang dan meneliti buku rujukan tambahan SPM 2026 yang diserahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Penyerahan Buku Rujukan Tambahan SPM Program Cikgu Saarani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2026.

Pada masa sama beliau berkata, keberkesanan program Tuisyen Cikgu Saarani terbukti apabila Gred Purata Negeri (GPN) Perak bagi SPM 2025 menunjukkan peningkatan kepada kepada 4.49 berbanding 4.63 pada tahun sebelumnya.

“Seramai 26,182 calon atau 94.44 peratus layak menerima sijil, manakala jumlah pelajar memperoleh semua A meningkat kepada 1,008 orang termasuk 26 calon ‘straight’ A+.

“Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan pendekatan berfokus yang dilaksanakan, disokong oleh pelbagai intervensi pendidikan di bawah Yayasan Perak seperti YP Smart Target, Jelajah Nyalaan Bara Api (JNBA), Red Flag Risiko Cicir dan Pro Pulih.

“Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh sokongan pendidikan secara lebih tersusun dan bersasar kepada pelajar yang memerlukan,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Gelagat Pelajar-Pelajar Ketika Pengumuman Keputusan SPM 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI