Tiga lelaki samun, warga emas maut dilibas parang

TELUK INTAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas disamun tiga lelaki bertopeng yang tidak dikenali dengan menggunakan parang di sebuah rumah di Pekan Baru di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika isteri mangsa berada di halaman rumah untuk persiapan sembahyang pada jam 6.02 pagi.

Katanya, tiga lelaki yang disyaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dipercayai telah memanjat tembok hadapan sebelum menyerbu masuk ke dalam kediaman mangsa.

“Mangsa yang berusia 69 tahun sedang berehat dalam rumah kemudiannya diugut suspek dengan menuntut barang kemas.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah akibat dilibas dengan senjata tajam dipercayai parang di tangan kanan dan tapak tangan kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, isteri yang juga menyedari kejadian itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kok Lian memaklumkan, kesemua suspek dipercayai telah melarikan diri sejurus selepas kejadian itu bersama barang kemas serta wang tunai milik mangsa.

“Polis kini sedang giat mengesan tiga suspek berkenaan selain jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan di talian 05-6222222. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki samun peniaga kalung bunga diberkas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI