MGPerak: Perak Sokong Naik Taraf Sekolah Kulinari Melalui Teknologi Moden

45

IPOH – Kerjasama yang terjalin antara Canning Machinery Solutions Sdn Bhd dan Chef Siew Cake Art & Culinary Sdn Bhd secara tidak langsung memperkasa elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), memperkukuh pembangunan tenaga kerja serta memodenkan industri bakeri di Perak.

Di samping itu, kerjasama tersebut turut memberi tumpuan kepada penajaan mesin bakeri moden serrta penjenamaan bagi menyokong aktiviti latihan, pendidikan dan operasi bakeri professional yang dijalankan di akademi berkenaan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong institusi pendidikan kulinari di negeri ini supaya terus menaik taraf kemudahan serta keupayaan masing-masing.-MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini