KPDN tahan seorang lelaki, bongkar aktiviti penyelewengan diesel di Salak

SUNGAI SIPUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di Salak, dekat sini semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan sekitar jam 8 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Kuala Kangsar hasil risikan selama seminggu berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan di sekitar Kuala Kangsar dan Sungai Siput.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dijalankan, pihak penguat kuasa menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang sedang mengisi minyak diesel ke dalam tong dram di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat tong dram di atas kenderaan tersebut, dengan dua daripadanya berisi 200 liter minyak diesel manakala dua lagi masih kosong.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi menyimpan barang kawalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan itu pihak KPDN menyita 200 liter minyak diesel, dua tong dram berisi diesel, dokumen berkaitan serta sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM31,304.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau mengawal barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak untuk melakukan kesalahan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ops Tiris: KPDN rampas 450 liter RON95, tahan tiga lelaki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI