Jelajah Chenderoh Di Hati bantu masyarakat

PADANG RENGAS – Penganjuran Jelajah Chenderoh Di Hati membantu mengurangkan perbelanjaan dan meringankan beban penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh.

Pegawai Khas Menteri Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh, Datuk Mohamad Ariff Abdul Majid berkata, program yang dirangka sebanyak 17 siri itu dilaksanakan setiap bulan mengikut zon dalam kawasan berkenaan.

Menurut beliau setakat April 2026 sebanyak tujuh siri telah berjaya dijalankan dan baki 10 lagi akan dianjurkan sehingga hujung tahun.

Pegawai Khas Menteri Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh, Datuk Mohamad Ariff Abdul Majid ketika program Jelajah Chenderoh Di Hati.

“Untuk pengetahuan semua, setiap bulan saya akan buat program Jelajah Chenderoh Di Hati yang merupakan program di bawah Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar, DUN Chenderoh.

“Fokusnya adalah untuk meringankan beban penduduk setempat dan biasanya dalam program itu saya akan bagi sumbangan kotak makanan selain menganjurkan jualan murah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohamad Ariff turut menzahirkan harapan agar penganjuran Jelajah Chenderoh Di Hati membawa impak positif kepada penduduk setempat terutamanya dalam soal ekonomi.

Pegawai Khas Menteri Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh, Datuk Mohamad Ariff Abdul Majid menyampaikan sumbangan kotak makanan ketika program Jelajah Chenderoh Di Hati.

Katanya, bagi meringankan beban dia juga turut menganjurkan jualan yang membantu masyarakat seperti kedai bergeraj Amanjaya dan lain-lain.

“Kebiasaannya kita akan panggil Kedai Bergerak Amanjaya, Kedai Perak Sejahtera dengan memberi diskaun pembelian sehingga 15 peratus kepada penduduk DUN Chenderoh,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI