Dua maut, seorang cedera dalam nahas dua kenderaan

BAGAN SERAI – Dua individu maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Taiping, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang.

Katanya, sejurus selepas itu lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Nahas jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang dipandu lelaki berusia 46 tahun dan Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 66 tahun bersama penumpang wanita berusia 51 tahun.

“Didapati pemandu Perodua Myvi telah terperangkap dan tidak sedarkan diri, manakala penumpang wanita telah dibawa keluar orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

nahas dua kenderaan Bagan Serai Related Keyphrase: kemalangan Jalan Taiping, JBPM Perak Bagan Serai, Perodua Myvi kemalangan, Toyota Innova nahas, kemalangan maut Perak
Lokasi kejadian nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan yang mengorbankan dua individu termasuk seorang warga emas, manakala seorang cedera di Jalan Taiping, Bagan Serai. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dari Perodua Myvi disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota operasi segera melaksanakan konsep ‘SAVER’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan membuka pintu kenderaan.

“Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sabarodzi berkata, sementara itu pemandu Toyota Innova telah keluar sendiri daripada kenderaanya dan mengalami kecederaan ringan susulan kemalangan jalan raya itu.

“Mangsa yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan dengan menggunakan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS),” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Fauziah Baharuddin itu tamat sepenuhnya pada jam 6.15 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut langgar lembu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI