IPOH – Penduduk Orang Asli melahirkan rasa teruja apabila berpeluang menyaksikan dan menyertai ibadah korban yang diadakan di Kampung Chadak, Ulu Kinta di sini sempena hari kedua sambutan Aidiladha.
Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak mendapati, penduduk kampung terutama kanak-kanak Orang Asli mula berkumpul sekitar jam 8 pagi di lokasi bagi melihat secara dekat proses penyembelihan dan pengagihan daging korban yang dijalankan.
Suasana meriah jelas kelihatan apabila penduduk setempat bersama sukarelawan bergotong-royong melaksanakan ibadah tersebut, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti Orang Asli di kawasan itu. – MGPerak





