Kampung Angkat MADANI: JPA salur RM600,000 bangunkan fasiliti awam kampung

KAMPAR – Sebanyak RM600,000 telah disalurkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pembangunan fasiliti awam serta pelbagai program komuniti di sekitar Kampung Kota Bharu, dekat sini, menerusi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata, penyaluran peruntukan tersebut turut diperluaskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar melalui inisiatif Sekolah Angkat MADANI JPA.

“RM600,000 itu adalah peruntukan keseluruhan buat masa ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan tambahan lain yang sedang dibincangkan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban Kampung Angkat MADANI JPA bersama komuniti Kampung Kota Bharu sempena Hari Raya Aidiladha di sini pada Sabtu.

Kampung Angkat MADANI JPA Related Keyphrases Program Kampung Angkat MADANI JPA salur RM600,000 pembangunan komuniti luar bandar Kampung Kota Bharu Kampar Sekolah Angkat MADANI
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim bercakap kepada pemberita pada Program Ibadah Korban Kampung Angkat MADANI JPA sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di Kampung Kota Bharu, Kampar. Foto Amirrul Rabbani Rashid.

Mohd Shaiful berkata, antara projek tambahan yang sedang dipertimbangkan termasuk kerja-kerja membaik pulih dewan orang ramai serta pemasangan lampu jalan di kawasan berkenaan.

Kata beliau, projek tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi meningkatkan kemudahan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shaiful berkata, program ibadah korban yang dianjurkan JPA bersama rakan strategik pada tahun ini melibatkan penyembelihan lima ekor lembu untuk agihan kepada penduduk kampung.

“Program ini merupakan antara pengisian di bawah Program Kampung Angkat MADANI JPA yang bertujuan mendekati dan menyantuni masyarakat.

“Daging korban yang disediakan akan diagihkan kepada penduduk kampung serta rakan strategik yang terlibat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Menurut beliau, kira-kira 50 petugas daripada JPA terlibat dalam pelaksanaan program tersebut dengan sokongan hampir 100 penduduk kampung yang bergotong-royong seawal jam 7 pagi.

Kampung Angkat MADANI JPA Related Keyphrases Program Kampung Angkat MADANI JPA salur RM600,000 pembangunan komuniti luar bandar Kampung Kota Bharu Kampar Sekolah Angkat MADANI
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim menyerahkan daging korban kepada 100 penduduk kampung pada Program Ibadah Korban Kampung Angkat MADANI JPA sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di Kampung Kota Bharu, Kampar. Foto Amirrul Rabbani Rashid.

Ujar beliau lagi, program berkenaan juga dijangka memberi manfaat kepada sekitar 300 penduduk melibatkan hampir 90 keluarga yang menetap di sekitar kawasan Kampung Kota Bharu.

“Pendekatan turun padang yang dilaksanakan menerusi Program Kampung Angkat MADANI ini membuktikan bahawa JPA bukan sahaja memainkan peranan dalam pembangunan modal insan sektor awam, malah turut menjadi pemudah cara kepada pembangunan komuniti dan kesejahteraan rakyat.

“Semangat gotong-royong dan kebersamaan yang diterjemahkan melalui program ibadah korban ini juga selaras dengan nilai Malaysia MADANI yang menekankan aspek ihsan, hormat dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya lagi.

Justeru Mohd Shaiful berkata, JPA akan terus memperluas pelaksanaan inisiatif berteraskan komuniti menerusi Program Kampung Angkat MADANI melalui pelbagai program pembangunan sosial, kesejahteraan rakyat dan pemerkasaan komuniti khususnya di kawasan luar bandar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Petugas cilik teruja kali pertama jadi petugas program korban

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI