Persidangan SEAPAVAA Ke-30 perkukuh kerjasama serantau pelihara warisan audiovisual

IPOH – Lebih 200 peserta dari 15 negara menyertai Persidangan Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara-Pasifik (SEAPAVAA) Ke-30 yang berlangsung antara 6 hingga 11 Jun di Hotel Casuarina @ Meru, di sini.

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Zaidin Mohd Noor berkata, persidangan yang bertemakan ‘Mendefinisikan Semula Audiovisual dalam Arkib: Relevansi, Teknologi dan Perpaduan’ itu menjadi platform penting memperkukuh kerjasama serantau dalam usaha memelihara warisan audiovisual.

Katanya, ia juga sebagai usaha memperkukuhkan kerjasama global dan berkongsi amalan terbaik dalam pemeliharaan warisan melalui penglibatan langsung dengan pakar-pakar antarabangsa.

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Zaidin Mohd Noor pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

“Dengan menggalakkan perkongsian bahan-bahan sejarah secara aktif antara institusi tempatan dan antarabangsa, kami berharap dapat membina kefahaman budaya yang berkekalan serta memperkukuh solidariti serantau.

“Persidangan ini menegaskan semula komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau serta mengadaptasi inovasi teknologi bagi melindungi warisan audiovisual rantau ini untuk generasi akan datang,” katanya.

Persidangan SEAPAVAA Ke-30 SEAPAVAA 2026 warisan audiovisual Arkib Negara Malaysia pemeliharaan warisan pengarkiban audiovisual kerjasama serantau pendigitalan arkib teknologi arkibSEAPAVAA 2026, warisan audiovisual, Arkib Negara Malaysia, persidangan arkib audiovisual, Zaidin Mohd Noor, pemeliharaan warisan, teknologi pengarkiban, kerjasama serantau, arkib digital, Aaron Ago Dagang
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang merasmikan Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SEAPAVAA Ke-30 yang dirasmikan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang di Hotel Casuarina @ Meru, di sini, pada Isnin.

Menurut Zaidin, Arkib Negara Malaysia kini memelihara lebih daripada 300,000 bahan audiovisual dalam pelbagai format termasuk filem sejarah, rakaman audio, dokumentari, rakaman berita dan koleksi digital.

Persidangan SEAPAVAA Ke-30 SEAPAVAA 2026 warisan audiovisual Arkib Negara Malaysia pemeliharaan warisan pengarkiban audiovisual kerjasama serantau pendigitalan arkib teknologi arkibSEAPAVAA 2026, warisan audiovisual, Arkib Negara Malaysia, persidangan arkib audiovisual, Zaidin Mohd Noor, pemeliharaan warisan, teknologi pengarkiban, kerjasama serantau, arkib digital, Aaron Ago Dagang
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

Beliau berkata, usaha pengumpulan bahan audiovisual negara telah bermula sejak tahun 1960-an dengan antara koleksi terawal yang dipelihara ialah fotografi dari tahun 1890-an serta rakaman tanpa suara yang memaparkan landskap Kuala Lumpur sejak tahun 1925.

“Pada masa hadapan, Arkib Negara Malaysia kekal komited untuk memperkukuh usaha pendigitalan, pemeliharaan dan aksesibiliti secara berterusan bagi memastikan rekod berharga ini terus memberi manfaat kepada penyelidik, institusi dan generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Presiden SEAPAVAA, Karen Chan berkata, kemajuan teknologi yang pesat dalam industri pengarkiban audiovisual perlu diseimbangkan dengan pembangunan nilai sosial dan etika.

Persidangan SEAPAVAA Ke-30 SEAPAVAA 2026 warisan audiovisual Arkib Negara Malaysia pemeliharaan warisan pengarkiban audiovisual kerjasama serantau pendigitalan arkib teknologi arkibSEAPAVAA 2026, warisan audiovisual, Arkib Negara Malaysia, persidangan arkib audiovisual, Zaidin Mohd Noor, pemeliharaan warisan, teknologi pengarkiban, kerjasama serantau, arkib digital, Aaron Ago Dagang
Presiden SEAPAVAA, Karen Chan berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

“Kerja pengarkiban yang kita lakukan pada akhirnya adalah mengenai hubungan sesama manusia. Di sebalik kemajuan teknologi dan peralatan yang mengelilingi kita setiap hari, kita perlu membangunkan, mengekalkan dan memperdalam asas sosial serta etika yang menyokong kemajuan teknikal tersebut,” jelasnya.

Peserta dari luar negara turut hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

Sejak tahun 1997, Malaysia melalui Arkib Negara Malaysia mula menjadi ahli kepada SEAPAVAA yang ditubuhkan di Manila, Filipina, pada Februari 1996.

Hubungan kerjasama yang terjalin sejak itu telah menyumbang kepada pembangunan sektor pengarkiban audiovisual negara, termasuk penubuhan Pusat Dokumentasi dan Konservasi Audiovisual Negara di Kuala Lumpur. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penggunaan AI perlu dimanfaatkan dalam pengurusan bahan arkib – Aaron

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI