Penggunaan AI perlu dimanfaatkan dalam pengurusan bahan arkib – Aaron

IPOH – Penggunaan teknologi digital masa kini termasuk kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara lebih meluas bagi memastikan bahan arkib audiovisual negara seperti video, audio, filem, fotografi dan sebagainya terus terpelihara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkembangan teknologi itu juga mampu mengubah landskap pengurusan arkib dengan meningkatkan kecekapan pemeliharaan, pemulihan dan kebolehcapaian bahan sejarah yang bernilai.

Katanya, ia juga membuka ruang baharu kepada institusi seperti Arkib Negara Malaysia untuk melindungi warisan negara secara lebih cekap, sekali gus memastikan bahan bersejarah dapat terus diakses oleh generasi akan datang.

AI dalam pengurusan arkib negara kecerdasan buatan (AI) pengurusan arkib Arkib Negara Malaysia arkib audiovisual pendigitalan pemeliharaan warisan negara teknologi AI bahan sejarahkecerdasan buatan AI, Arkib Negara Malaysia, arkib audiovisual, pemeliharaan warisan negara, Aaron Ago Dagang, pendigitalan arkib, teknologi AI, SEAPAVAA 2026, digitalisasi arkib, warisan sejarah Malaysia
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada sidang media Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

“AI mampu mengenal pasti wajah, objek, lokasi dan peristiwa sejarah secara automatik dalam koleksi yang besar. Teknologi pengecaman suara boleh menghasilkan transkrip daripada rakaman audio dalam pelbagai bahasa.

“Pembelajaran mesin pula dapat membantu pihak pengurusan arkib mengkatalogkan sejumlah besar kandungan digital yang sebelumya, memerlukan masa bertahun-tahun untuk diproses secara manual.

“Pemulihan berasaskan AI boleh menghilangkan calar pada filem, meningkatkan kejelasan audio, membina semula rakaman yang merosot serta mempertingkatkan kualiti rakaman sejarah tanpa menjejaskan keasliannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Zaidin Mohd Noor serta Presiden SEAPAVAA, Karen Chan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerima cenderahati daripada Presiden SEAPAVAA, Karen Chan pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

Persidangan yang berlangsung secara fizikal dan atas talian itu disertai kira-kira 200 peserta dari 15 negara anggota termasuk negara-negara ASEAN, Australia, Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, dan Korea Selatan.

Mengulas lanjut Aaron berkata, sistem pemeliharaan berasaskan awan atau ‘cloud-based’ dan teknologi realiti imersif turut membuka ruang baharu dalam melindungi warisan negara menerusi kaedah digital serta meningkatkan penglibatan masyarakat terhadap koleksi arkib.

Justeru beliau menggariskan empat keutamaan strategik bagi memperkukuh masa depan pengarkiban audiovisual iaitu mempercepatkan pendigitalan berskala besar, memanfaatkan AI secara bertanggungjawab, memperluaskan akses awam dan penyertaan komuniti serta memperkukuh kerjasama serantau dan global.

AI dalam pengurusan arkib negara kecerdasan buatan (AI) pengurusan arkib Arkib Negara Malaysia arkib audiovisual pendigitalan pemeliharaan warisan negara teknologi AI bahan sejarahkecerdasan buatan AI, Arkib Negara Malaysia, arkib audiovisual, pemeliharaan warisan negara, Aaron Ago Dagang, pendigitalan arkib, teknologi AI, SEAPAVAA 2026, digitalisasi arkib, warisan sejarah Malaysia
Peserta dari luar negara turut hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

“Dekad akan datang amat kritikal untuk melindungi warisan analog kita. Setiap rakaman (bahan sejarah) yang hilang merupakan kehilangan yang tidak dapat diganti kepada manusia sejagat.

“Apabila filem rosak, pita tidak lagi boleh dibaca atau fail digital lenyap, kita kehilangan sebahagian daripada memori bersama kita. Kita kehilangan suara-suara yang tidak mungkin dapat dirakamkan semula,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Aaron berkata, penyertaan masyarakat menerusi program Arkib Komuniti oleh Arkib Negara Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memperkayakan khazanah warisan negara.

Kata beliau, Arkib Negara Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan orang ramai menyumbang gambar, rakaman, dokumen, sejarah lisan dan koleksi keluarga yang mencerminkan pengalaman serta warisan komuniti masing-masing.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Ke-30 Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) 2026 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 JUN 2026.

“Banyak rekod sejarah yang bernilai wujud di luar ‘formal repositories’ seperti dalam album keluarga, koleksi kampung, pertubuhan tempatan, rumah ibadat, sekolah dan koleksi peribadi.

“Melalui program jangkauan dan pengumpulan berterusan di peringkat masyarakat, Arkib Negara Malaysia berjaya memperluaskan khazanah warisan dokumentari negara.

“Sehingga Mac lalu, sebanyak 309,740 item Arkib Komuniti telah direkodkan dalam simpanan Arkib Negara Malaysia, dengan 6,296 item diperoleh sepanjang tahun 2025 sahaja.

“Angka ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa pemeliharaan sejarah adalah tanggungjawab,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pakaian M Daud Kilau antara bahan Arkib Muzik Perak

Nobat Diraja Perak simbol kedaulatan institusi raja – Penyelidik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI