Nobat Diraja Perak simbol kedaulatan institusi raja – Penyelidik

IPOH – Keunikan dan nilai warisan tradisi Melayu yang unik pada Nobat Diraja Perak menjadi faktor kepada kepada penerbitan buku ‘Nobat Diraja Perak: Muzik, Fungsi dan Simbolisme’ oleh ahli akademik dan etnomuzikologi tempatan, Prof Madya Dr Raja Iskandar Raja Halid.

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu berkata, nobat bukan sekadar persembahan muzik, sebaliknya adalah simbol kepada kedaulatan institusi diraja yang dipelihara rapi sejak ratusan tahun lalu.

Nobat Diraja Perak simbol kedaulatan raja 🔗 Related Keyphrase (Sokongan) warisan nobat Perak seni istana Melayu nobat institusi diraja Perak sejarah nobat Melayu alat kebesaran diraja Perak penyelidikan nobat UMK
Penulis buku “Nobat Diraja Perak: Muzik, Fungsi dan Simbolisme” Prof Madya Dr Raja Iskandar Raja Halid di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 APRIL 2026.

“Sejarah nobat ini mempunyai kesinambungan dalam Alam Melayu yang mana ia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah ada pandangan ia berasal lebih awal daripada itu iaitu sekitar Era Kesultanan Samudera Pasai

“Muziknya sangat unik dan saya melihat nobat sebagai manifestasi kepada muzik Melayu lama yang mana ia tidak dicemari kerana ia benar-benar dijaga keaslianya dalam ruang lingkup institusi istana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku beliau yang disempurnakan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah di Royal Perak Golf Club (RPGC) di sini, pada Sabtu.

Buku Nobat Diraja Perak: Muzik, Fungsi dan Simbolisme setebal 260 halaman itu diterbitkan melalui kerjasma antara UMK dengan agensi kreatif negeri Perak, People Of Remarkable Talents (PORT).

Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan menyempurnakan majlis pelancaran buku “Nobat Diraja Perak: Muzik, Fungsi dan Simbolisme” di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 APRIL 2026.

Menurut beliau, keistimewaan pada Nobat Negeri Perak dapat dilihat daripada adat istiadat dan pantang larang mengendalikannya termasuk larangan bagi dimainkan selain daripada Istiadat Pertabalan Sultan Perak.

Raja Iskandar berkata, berdasarkan dapat kajian beliau Alat Kebesaran Negeri Perak itu hanya boleh dimainkan oleh ahli keluarga tertentu sahaja iaitu dikenali sebagai ‘Orang Kalur’.

Nobat Diraja Perak simbol kedaulatan raja 🔗 Related Keyphrase (Sokongan) warisan nobat Perak seni istana Melayu nobat institusi diraja Perak sejarah nobat Melayu alat kebesaran diraja Perak penyelidikan nobat UMK
Gambar fail. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR 09 NOVEMBER 2025.

“Nobat bukan sekadar muzik, alat-alatnya juga merupakan alat kebesaran diraja yang mempunyai pantang larang tertentu dan tidak boleh dimainkan secara sembarangan.

“Malah, lagu-lagu yang dimainkan juga adalah lambang kepada kebesaran diraja dan mempunyai fungsi tersendiri dalam adat istiadat di istana,” jelasnya.

Mengulas tentang penerbitan buku, Raja Iskandar berkata, ia merupakan hasil penyelidikan beliau ketika di King’s College London, United Kingdom dengan ia mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, minat mendalam terhadap adat istiadat Melayu, khususnya di negeri Perak telah mendorongnya menjalankan kajian lapangan serta mengumpul pelbagai bahan kajian berkaitan nobat.

Nobat Diraja Perak simbol kedaulatan raja 🔗 Related Keyphrase (Sokongan) warisan nobat Perak seni istana Melayu nobat institusi diraja Perak sejarah nobat Melayu alat kebesaran diraja Perak penyelidikan nobat UMK
Buku “Nobat Diraja Perak: Muzik, Fungsi dan Simbolisme”. Foto ABDULLAH YUSOF 25 APRIL 2026.

Ujar beliau, antara tujuan utama bagi penerbitan bahan berkenaan adalah sebagai usaha untuk mendokumentasikan lagu-lagu nobat yang mana ia hanya diwarisi secara lisan selain bahan penerbitan berkaitan seni warisan itu sukar untuk ditemukan.

“Lagu-lagu nobat ini hanya diturunkan secara hafalan, jadi kita bimbang jika ia tidak didokumentasikan saya bimbang ia akan hilang atau keasliannya diganggu pada suatu hari nanti.

“Oleh itu, saya merakam dan menotasikan setiap lagu supaya ia dapat disimpan sebagai rujukan serta bahan ilmiah untuk rujukan generasi akan datang,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, proses pengumpulan bahan bagi penerbitan buku tersebut turut melibatkan pencarian dokumen serta imej lama melalui Arkib Negara, selain menerusi rakaman-rakaman video serta audio berkaitan nobat.

Perkataan nobat berasal dari Parsi yang menggunakan perkataan “Naubat” bermakna sembilan jenis, dan selain Perak, negeri lain yang turut mempunyai nobat adalah Perak, Kedah, Terengganu dan Selangor.

Ia merupakan alat-alat muzik diraja yang digunakan sejak daripada zaman dahulu di negeri-negeri Melayu dan dikhususkan untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja.

Antara nama lagu-lagu nobat adalah ‘Raja Berangkat’ atau ‘Gendang Berangkat’, ‘Puteri Mandi Mayang’, ‘Rama-rama Terbang Tinggi’, ‘Kumbang Si Kumali’, ‘Aleh-aleh Panjang’, ’Alek-alek Pandak’, ‘Dang Gendang serta ‘Lenggang Che Kobat’. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Raja Di Hilir Perak rasmi pelancaran buku ‘Nobat Diraja Perak’

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI