DITUBUHKAN pada 2013, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak mempunyai satu hala tuju dan matlamat utama iaitu membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera melalui pembentukan jaringan dan usaha sama antara usahawan yang sedia ada.
Meskipun berhadapan dengan pelbagan cabaran dan rintangan, DPPM turut melakar kejayaan dalam usahawan disamping menyumbang kepada masyarakat dan ekonomi di Perak.
Ikuti temubual Editor Malaysia Gazette (MG) Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said bersama Yang Dipertua DPPM Perak, Amirudin Tajudin berkongsi perjalanan DPMM Perak selama 13 tahun.
Amirudin turut menyatakan perancangan dan hasrat DPPM dalam menyokong rancangan kerajaan negeri di bawha pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melalui pembangunan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC); Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.
Ceritakan latar belakang penubuhan DPPM Perak.
Amirudin: kami baharu sahaja selesai Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 di Hotel Impiana yang mana Menteri Besar Perak Datuk, Seri Sharani Mohamad menjadi perasmi bagi majlis penutup mesyuarat tersebut.
Meskipun kita masih muda namun kami pada asalnya lebih lama dari itu di mana saya merupakan ahli sejak 90an kerana DPPM ini pada asalnya merupakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Dari segi ahli pula kami mempunyai beberapa kategori keahlian dengan jumlah seramai 350 terdiri daripada kategori perniagaan enterprise (milikan tunggal) dan Sendirian Berhad (Sdn Bhd).
Kami juga mempunyai keahlian dinamakan sebagai ahli gabungan yang mana ia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di mana kita membawa maksud bersama satu suara yang lebih besar kepada pucuk pimpinan untuk hal-hal peniaga Melayu.
Jadi dari segi jumlah keahlian kami sendiri sahaja 350 orang dan jika gabung dengan ahli gabungan keahlian kami lebih 5,000 orang.
Usaha DPPM Perak membantu usahawan-usahawan di bawahnya.
Amirudin: DPPM Perak membantu usahawan-usahawan di bawahnya untuk orang kata berjaya mengembangkan perniagaan mereka melalui perkhidmatan memperoleh Sijil Pengesahan Asas (COO) bagi memasarkan produk mereka ke luar negara.
Apabila ada ahli kita berminat pasarkan produk mereka ke luar negara kita membantu mereka dengan menyediakan dokumen tersebut kerana ia merupakan satu keperluan.
Selain itu itu juga kitra menyediakan surat sokongan kepada agensi dan juga kerajaan yang mana boleh digunakan untuk menyokong permohonan mereka untuk dapatkan contohnya ruang perniagaan ataupun untuk memperoleh tender dan sebagainya.
Kami turut menyediakanpeluang bersama dengan DPPM untuk berjumpa secara terus dengan ketua-ketua jabatan yang dapat mereka kemukakan masalah dan juga perkara yang boleh membantu perniagaan mereka.
Contohnya macam MARA (Majlis Amanah Rakyat). Kita adakan perjumpaan dengan pengarah MARA Perak dan kemudian ahli-ahli akan ikut sekali bersama untuk mengemukakan secara terus kepada mereka yang terlibatlah.
Cabaran dihadapi DPPM Perak dan kejayaan yang dilakarkan.
Amirudin: Cabarannya adalah kita mahu peniaga-peniaga kecil ini mengembangkan perniagaan mereka.
Contohnya kalau sekiranya di pasar malam dan juga pasar Ramadan mereka banyak buat produk-produk mereka. Kita nak kalau boleh cabarannya ialah mereka cuba untuk mengeluarkan produknya lebih besar.
Kita mahu peniaga ini meningkatkan keupayaan mereka ke satu tingkat yang lebih besar daripada sedia ada supaya mereka dapat bertahan dengan cabaran yang ada.
Pada masa sama juga kita mahu mereka mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang masing-masing kerana sembilan daripada 10 rezeki itu di dalam perniagaan dan yakinlah ALLAH akan membantu dan Insya-ALLAH mereka akan berjaya di dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Bila cabaran berjaya diharungi sudah pasti ada kejayaan dan antaranya adalah kami pengajuran program melibatkan beberapa sekolah, membangunkan bangunan milik DPPM Perak sendiri serta berjaya mengeluarkan dewan daripada kesulitan kewangan.
Alhamdulillah kini DPPM Perak berada dalam keadaan yang agak kukuh dari segi ekonomi dan kita berharap dengan ini kita boleh terus melangkah untuk menjayakan perancangan seterusnya.
Perancangan DPPM Perak
Amirudin: DPPM Perak cukup sinonim dengan Halal dan kami berhasrat untuk mengembangkan lagi keupayaan peniaga-peniaga kami memperoleh sijil Halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mampu mengembangkan lagi produk mereka.
Jadi tidak semestinya kalau peniaga Melayu tiadak mempunyai sijil Halal tidak mengapa kerana bila ada sijil Halal peniaga Melaytu bertambah baik dari segi keyakinan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan.
Perancangan lain pula, setakat ini kita nampak Datuk Seri Saarani di bawah kepimpinan beliau telah memberikan pada DPPM Perak banyak peluang membantu peniaga dan kita mengharapkan sokongan berterusan daripada kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau agar kita terus memperoleh kejayaan untuk peniaga-peniaga Melayu negeri Perak.
Datuk Seri Menteri Besar ada mengatakan bahawa terdapat banyak koridor-koridor yang membangun di antaranya Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC); Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV).
Jadi perkara ini kita menyambut apa saranan Datuk Seri untuk Meningkatkan lagi peniaga-peniaga orang Melayu di dalam semua bidang-bidang kawasan yang menjadi tumpuan.
Kami juga bersama-sama dengan beliau untuk membangunkan Perak dan mensejahterakan rakyat kerana itu merupakan wawasan beliau dan kami DPPM Perak sentiasa menyokong dan sentiasa di di bawah kepimpinan beliau. -MG Perak


