MGPerak: Biasiswa Menteri Besar Bantu Perkasa Pendidikan Pelajar B40

61

KERAJAAN Negeri Perak amat menitikberatkan pendidikan sebagai teras pembangunan modal insan berkualiti dan berdaya saing bagi melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran global serta menyumbang kepada kemajuan negeri secara mampan.

Melalui Flagship Perak Sejahtera 2030 (Pendidikan), pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkasa sektor ini menerusi Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera 2030 yang menekankan pendidikan inklusif, pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pembelajaran sepanjang hayat.

Inisiatif ini turut merangkumi pemberian bantuan Mahasiswa Perak Sejahtera, di samping kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.-MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #saaranimohamad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini