Perak Sejahtera 2030 berada di landasan kukuh, ‘hasil dirasa, keyakinan dibina‘

IPOH – Pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 kini berada di landasan yang kukuh untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi negeri kepada manfaat yang lebih dirasai rakyat selepas memasuki tahun keempat pelaksanaannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Laporan Kemajuan Tahun Keempat Perak Sejahtera 2030 yang dibentangkan hari ini bertemakan, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina‘ menjadi penilaian terhadap pelaksanaan pelan pembangunan negeri yang dilancarkan pada 15 Jun 2022.

Menurutnya, prestasi ekonomi Perak terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan sebanyak 5.7 peratus pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan nasional sebanyak 5.2 peratus, selain muncul sebagai penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) keenam terbesar negara dengan sumbangan 5.3 peratus.

“Keyakinan pelabur terhadap Perak turut meningkat apabila nilai pelaburan diluluskan melonjak daripada RM6.61 bilion pada 2022 kepada RM15.76 bilion pada 2025, didorong hala tuju pembangunan yang jelas menerusi lima nod pertumbuhan strategik negeri.

Perak Sejahtera 2030 berada di landasan kukuh, ‘hasil dirasa, keyakinan dibina‘
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat reruai pameran pada Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Keempat Perak Sejahtera 2030 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

“Pencapaian ekonomi dan pelaburan hanya akan memberi makna sekiranya manfaatnya dapat diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peluang perniagaan serta kesejahteraan rakyat.

“Sebab itu, tumpuan Perak Sejahtera 2030 adalah untuk memastikan hasil pembangunan terus dirasai rakyat melalui inisiatif kos sara hidup, keterjaminan makanan, pendidikan, kesihatan, perumahan, Pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan serta peluang pekerjaan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Keempat Perak Sejahtera 2030 di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan bahawa keyakinan terhadap Perak terus dibina apabila rakyat mula melihat hasil pelaksanaan dasar.

“Anak muda mempunyai laluan lebih jelas untuk membina masa depan, pelabur terus memilih Perak, manakala kerajaan Persekutuan terus memberi kepercayaan kepada negeri ini untuk melaksanakan projek strategik,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak rekod pertumbuhan ekonomi 5.7 peratus, atasi kadar nasional

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI