Barath hilang selepas keluar bawa anjing bersiar-siar

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membawa anjing peliharaan bersiar-siar di Taman Permata, Ampang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengesan remaja terbabit.

“Remaja lelaki itu dikenali sebagai N. Barath dan kali terakhir dilihat keluar dari rumah sekitar 7 malam sebelum disedari masih belum pulang sejam kemudian.

“Bagaimanapun, pengadu hanya menemui anjing peliharaan mereka diikat pada sebatang pokok di tepi jalan berhampiran rumah manakala mangsa masih gagal dikesan.

“Ketika kejadian mangsa memakai seluar jeans berwarna hitam dan baju-T berwarna biru dan mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat 62 kilogram, berkulit gelap, berambut hitam dan tidak memakai cermin mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Saiful Shahfuzi Mohd Radzi di talian 019-3202055 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI