Kurang oksigen akibat peralihan cuaca punca ikan mati di Tasik MDPT

PARIT – Kejadian ikan mati di Tasik Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) di sini dipercayai berpunca daripada peralihan cuaca yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam air.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah menerima satu laporan polis daripada MDPT berhubung kejadian berkenaan selepas menemui bangkai ikan dalam jumlah yang banyak di tasik berkenaan.

“Susulan laporan tersebut, BSJD IPD Perak Tengah bersama Jabatan Perikanan Perak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah hadir ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“JAS Perak turut mengambil sampel air tasik untuk menjalani ujian lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati hanya dua spesies ikan, iaitu lampam dan jelawat, ditemukan mati di dalam tasik berkenaan.

“Jabatan Perikanan Perak mengesahkan kejadian tersebut berpunca daripada peralihan cuaca yang mengakibatkan kekurangan kandungan oksigen dalam air, yang dipercayai menjadi faktor kematian ikan berkenaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Ban Pecah

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI