Wanita warga emas maut, dua cedera, kereta bertembung

GERIK – Seorang wanita warga emas maut, manakala dua cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Gerik–Pengkalan Hulu, di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.09 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah Perodua Kancil yang dinaiki seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama seorang wanita berusia 63 tahun, serta sebuah Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Wanita warga emas maut dua kereta bertembung
Keadaan kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik – Pengkalan Hulu pagi ini. Foto JBPM Perak

“Wanita warga emas yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Kancil didapati tersepit dan anggota mengaplikasikan konsep SAVER dan menggunakan peralatan menyelamat untuk merenggangkan struktur kenderaan untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seorang wanita maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Sungkai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI