IPOH – Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di politeknik dan kolej komuniti terus menunjukkan keberkesanannya apabila kadar kebolehpasaran graduan mencapai 98.6 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Mohd Daud Isa berkata, pencapaian itu mencerminkan keyakinan tinggi industri terhadap graduan TVET keluaran politeknik, selain menunjukkan peningkatan kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak ke institusi berkenaan.
Menurutnya, kadar kebolehpasaran graduan politeknik secara konsisten kekal melebihi 95 peratus setiap tahun. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





