Tinggal di pedalaman dan luar bandar bukan lagi menjadi penghalang kepada golongan belia untuk mendapatkan maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti pembangunan anak muda seperti Fiesta Rakan Muda yang diadakan hari ini.
Perkembangan teknologi digital termasuk penggunaan media sosial dan laman sesawang rasmi kerajaan memberi kemudahan kepada golongan berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan program yang dianjurkan tanpa mengira lokasi mereka.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kemudahan akses maklumat secara dalam talian kini membuka ruang lebih luas kepada anak muda untuk memperoleh ilmu dan informasi berkaitan program belia. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #rakanmuda





