Semua syarikat utiliti termasuk agensi kerajaan diwajibkan mendapatkan kebenaran dan permit daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum menjalankan sebarang kerja lapangan, khususnya melibatkan kerja pengorekan di rizab jalan di bawah seliaan jabatan berkenaan.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) akan berkerjasama dengan JKR dengan memetakan keseluruhan bagi mengenal pasti kedudukan paip utiliti dan kabel yang tersembunyi di sebelum sesuatu permohonan pengorekan diluluskan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #syarikatutiliti #JKR





