KAMPAR – Ahli keluarga tiga beranak yang maut dalam nahas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu berharap siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus bagi memastikan keadilan terhadap mangsa.
Abang ipar kepada Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan Mohd Nadzri Razali, 69, berkata, keluarga masih bersedih dan terkejut selepas menerima berita mengenai kejadian berkenaan, terutama apabila pada awalnya mereka menyangka dua mangsa maut.
Menurutnya, berita mengenai nahas itu diterima sekitar jam 7 pagi sebelum keluarga mendapat pengesahan bahawa tiga individu maut dalam kejadian berkenaan dan perkhabaran itu lagi meruntun jiwa mereka sekeluarga. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





