IPOH – Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin meletakkan jawatan berkuat kuasa 17 Ogos lalu atas faktor masalah kesihatan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan yang dihantar Ketua UMNO Cawangan Pekan Lenggong itu pada 10 Ogos lalu. – MGPerak





