MGPerak : Mampu Beli Kenderaan Mewah, Tidak Mampu Beli Insurans, Cukai Jalan

76

Sebanyak 190 kenderaan mewah ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak kerana dipercayai gagal memiliki perlindungan insurans dan cukai jalan yang sah sepanjang tempoh 1 Januari hingga 20 Ogos tahun ini.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, tindakan itu diambil terhadap pemilik kenderaan yang didapati mampu memiliki kenderaan mewah, namun gagal menyediakan perlindungan insurans serta cukai jalan yang diwajibkan bagi kegunaan di jalan raya.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 121 kenderaan sudah dilepaskan, manakala 69 lagi masih disimpan di depot JPJ di beberapa cawangan negeri. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #JPJPerak #cukaijalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini