IPOH – Kerajaan Negeri Perak masih tegas dengan keputusan untuk menghentikan penjualan rokok elektronik atau vape, walaupun berdepan cabaran undang-undang daripada sebuah persatuan vape dan sebuah syarikat baru-baru ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, pihak berkenaan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 18 Mac lalu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





