MGPerak: Belum Lulus KM, Pengusaha Ladang Babi Didakwa Jalankan Kerja Peluasan

67

POH – Pengusaha sebuah ladang penternakan babi di Kampung Perlop 1, Sungai Siput didapati menjalankan kerja-kerja perataan tanah yang didakwa bertujuan untuk melebarkan kawasan ladang, meskipun Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) masih belum diluluskan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, Datuk A Sivanesan berkata, proses kelulusan KM bagi menukar ladang penternakan konvensional itu kepada ladang penternakan moden dan tertutup (MPF) sedang berjalan.

Menurutnya, pengusaha sepatutnya tidak menjalankan sebarang kerja pembinaan di atas tanah berkenaan selagi kelulusan KM daripada PBT yang dipertanggungjawabkan mengeluarkannya belum diperoleh. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini