KUALA KANGSAR – Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) kini melangkah ke peringkat pelaksanaan selepas berjaya memperoleh pembiayaan melalui terbitan sukuk bernilai RM5.55 bilion.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkembangan itu membolehkan projek berkenaan diteruskan selepas berdepan kekangan dari segi pembiayaan.
Menurutnya, projek lebuh raya berkenaan kini berada pada peringkat akhir mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan utama. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak


