HBP Perak Siri Keenam catat rekod tertinggi, 290 aduan diterima

KUALA KANGSAR – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Keenam Tahun 2026 merekodkan jumlah aduan tertinggi setakat ini dengan 290 aduan diterima.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sehingga Siri Kelima, sebanyak 1,015 aduan telah direkodkan, dengan 892 aduan atau 82 peratus telah diselesaikan, manakala 186 aduan atau 18 peratus lagi masih dalam tindakan lanjut.

“HBP Siri Keenam turut menghimpunkan 111 kaunter khidmat pelanggan, enam perkhidmatan kaunter bergerak dan 14 reruai pameran, termasuk Jualan Murah dan Jualan Rahmah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Keenam Tahun 2026 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.per

Saarani berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah baik pelaksanaan HBP, khususnya dari segi pengurusan giliran dan tempoh menunggu orang ramai yang hadir untuk membawa lebih daripada satu aduan.

“Dari segi penambahbaikan ni, kita cuba sedaya upaya, pertamanya untuk memberi kepuasan kepada mereka yang hadir.

“Yang datang awal dapat nombor awal dan dapat giliran awal. Cuma kadang-kadang ada seorang datang bawa tiga, empat kes terutamanya ketua kampung.

Jadi, kita kena fikir macam mana cara untuk supaya orang ramai tidak terlalu lama menunggu,” ujarnya.

Katanya, program ini memberi ruang kepada kerajaan negeri mendengar sendiri permasalahan dan keperluan masyarakat serta memastikan setiap perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian agensi berkaitan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

1,015 aduan direkodkan sepanjang lima siri Program MESRA HBP 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI