KUALA KANGSAR – Kerajaan Perak sedang memuktamadkan perjanjian dengan Khazanah Air Perak (KAP) berhubung terma dan syarat pengurusan air yang merupakan hak milik kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, proses berkenaan kini berada di peringkat akhir bagi menyelaraskan perjanjian tersebut.
Menurutnya, sebelum ini anak syarikat milik penuh KAP iaitu Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIP Perak) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah menandatangani Perjanjian Bekalan Air Pukal (BWSA). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





