Gajah jantan cedera di JRTB, Perhilitan pantau siang, malam

GERIK – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Perak mengambil perhatian dan tindakan berterusan bagi memantau kemandirian seekor gajah liar jantan dewasa yang dikesan berkeliaran di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) sejak 17 Ogos lalu.

Perhilitan menerusi satu kenyataan memaklumkan, hasil pemantauan mendapati gajah berkenaan mengalami kecederaan pada kaki hadapan sebelah kanan.

Menurutnya, keadaan fizikal dan tingkah laku haiwan itu setakat ini adalah normal serta mampu makan dan bergerak dengan baik. Keadaan luka juga didapati semakin kering dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Kita telah mengambil tindakan menggiring gajah tersebut kembali masuk ke kawasan hutan serta melaksanakan pemantauan terhadap pergerakan dan keadaannya.

“Memandangkan gajah berkenaan masih kembali ke kawasan jalan raya, pemantauan dan tindakan menggiring akan diteruskan setiap hari dengan kekerapan dua kali sehari, iaitu pada waktu siang dan malam,“ katanya.

Dalam pada itu, Perhilitan turut memperkukuh kesiapsiagaan anggota di lapangan termasuk mendapatkan penilaian doktor veterinar bagi menentukan keadaan fizikal serta kecederaan gajah berkenaan dan keperluan tindakan susulan.

“Sebagai langkah pencegahan, pengguna JRTB, khususnya di sekitar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Titiwangsa, supaya memperlahankan kenderaan, khususnya dalam lingkungan 5 kilometer sebelum tiba di Hentian R&R Titiwangsa dari kedua-dua arah.

“Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi arahan anggota penguat kuasa dan petugas Perhilitan sekiranya berada di kawasan pemantauan, tidak mengambil gambar atau video gajah kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan kenderaan berhenti dan mengganggu kelancaran aliran trafik.

“Selain itu, pemberian makanan atau meletakkan makanan untuk gajah adalah ditegah di sepanjang JRTB,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penduduk Orang Asli cedera diserang sekumpulan gajah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI