Saravanan akui bakal dihadapkan ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok.

Ahli Parlimen Tapah itu mendakwa beliau akan menghadapi pertuduhan berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika tempoh pandemik COVID-19 pada 2022.

Timbalan Presiden MIC itu juga mendakwa kenyataan awal yang mengaitkan namanya dibuat seorang individu yang meninggal dunia dua bulan lepas sebelum individu terbabit membuat Akuan Berkanun (SD) untuk menarik balik dakwaan berkenaan.

“Saya tegaskan bahawa saya tidak pernah berhubung atau mengenali individu berkenaan sama ada menerusi telefon mahupun perkhidmatan pesanan ringkas.

“Walaupun saksi utama telah meninggal dunia, saya tetap bersedia untuk mempertahankan diri dan menghadapi pertuduhan ini mengikut lunas undang-undang,” katanya menerusi hantaran video yang dikongsikan kepada media hari ini.

Saravanan berkata pasukan peguamnya akan memohon kepada mahkamah agar perbicaraan kes itu dipercepat tanpa sebarang penangguhan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Artikel berkaitan: Bekas menteri didakwa esok di Mahkamah Sesyen KL berkaitan kes rasuah

Bekas menteri berkenaan dijangka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Saravanan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 9.

Pertuduhan terhadap beliau akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI