Bekas menteri didakwa esok di Mahkamah Sesyen KL berkaitan kes rasuah

KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu jemputan media yang dikeluarkan SPRM hari ini memaklumkan prosiding pertuduhan kes SPRM itu dijadualkan bermula pada 9 pagi.

Difahamkan bekas menteri berkenaan dijangka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

– BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI