MGPerak: Insentif RM500 Pra Perkahwinan Anak Muda Perak Diperhalusi, Sebelum Dibawa Ke MMK

57

IPOH – Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan Insentif Pra Perkahwinan Kali Pertama Anak Muda Negeri Perak sebanyak RM500 secara sekali bayar sebelum diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

Usul yang dibawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi diterima sebulat suara pada Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Persidangan Dewan Belia Perak Sesi Kelima yang diadakan baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, cadangan itu dilihat sebagai usaha memperkukuh institusi kekeluargaan serta meringankan beban ekonomi golongan muda yang bersedia mendirikan rumah tangga. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini