IPOH – Skuad Belang Tiga Warna yang beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 menunjukkan prestasi memuaskan meskipun tidak mencapai sasaran pungutan pingat yang ditetapkan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, hanya dua negeri iaitu Selangor selaku tuan rumah dan Melaka berjaya melepasi sasaran pungutan pingat manakala negeri-negeri lain termasuk Perak tidak mencapai sasaran.
Menurutnya, terdapat beberapa sukan yang dijangka boleh menghasilkan pingat khususnya emas tetapi tersasar. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





