MGPerak: Penerima Anugerah Diseru Jadi Suri Teladan, Terus Sumbang Bakti

5

IPOH – Penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dan Anugerah Khas Belia Negeri Perak Tahun 2026 diseru supaya terus menyumbang bakti kepada masyarakat serta menjadi suri teladan kepada golongan belia di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pengiktirafan yang diterima bukan sekadar penghargaan terhadap pencapaian penerima, sebaliknya perlu dijadikan pemangkin untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan belia dan masyarakat.

Menurutnya, mereka adalah jurucakap kepada 1.8 juta orang belia di seluruh negeri ini (sumber data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini