MGPerak: Ekspo Jom Makan Ipoh Dicadang Masuk Kalendar Pelancongan Perak Sebagai Jenama Istimewa

65

IPOH – Ekspo Jom Makan Ipoh dicadang untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Perak sebagai salah satu acara istimewa bagi memperkenalkan kepelbagaian makanan di bandar raya ini, selain merancakkan ekonomi setempat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Tourism Perak.

Menurutnya, penganjuran program berkenaan juga berjaya menghasilkan lima peta makanan terkenal Ipoh yang dilengkapi lokasi kedai makanan untuk memudahkan pelancong mendapatkan maklumat mengenai destinasi kulinari pilihan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini