IPU Serian pada tahap bahaya

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Serian, Sarawak terus berada pada tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 518, setakat pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching turut mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.

Dua lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan bacaan 281 dan Sri Aman (245).

Selain itu, 10 lokasi merekodkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan enam kawasan di Sarawak iaitu Sarikei (181), Sibu (177), Mukah (173), Bintulu (157), Samalaju (152) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (116), manakala masing-masing dua di Johor dan Sabah.

Di Johor, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Pasir Gudang (124) dan Segamat (105), sementara di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (152) dan Politeknik Kota Kinabalu (105).

Dalam pada itu, 42 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana manakala 12 kawasan mencatatkan bacaan baik. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI