Pantai Hospital Ipoh lancar Pusat Haemato untuk penjagaan pesakit kanser

IPOH – Pantai Hospital Ipoh melancarkan Pusat Jagaan Harian Haemato-Onkologi atau Pusat Haemato sebagai usaha menyediakan penjagaan komprehensif kepada pesakit-pesakit kanser, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chong Siet Fong berkata, pusat itu menawarkan kemudahan khusus yang tertumpu kepada penjagaan dan sokongan harian yang diperlukan dalam merawat pesakit berkenaan.

Katanya, antara rawatan yang disediakan di pusat tersebut adalah adalah kemoterapi, imunoterapi, pengurusan simptom, terapi sokongan, serta program pendidikan.

“Bagi memenuhi keperluan pesakit kanser dengan lebih baik, Pusat Jagaan Harian Haemato-Onkologi akan mempunyai lebih banyak kerusi.

‘“Ia bagi membolehkan pusat berkenaan memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit dengan melakukannya secara serentak.

“Ia juga merupakan matlamat Pantai Hospital Ipoh untuk meningkatkan pengalaman pesakit dengan menawarkan lebih fleksibiliti dalam penjadualan serta mengurangkan sebarang kemungkinan kelewatan dalam menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Pusat Haemato di Pantai Hospital Ipoh, pada Khamis.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven Tiw Tee Siang serta Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital Ipoh, Cheong Siew Foong.

Dalam pada itu, Siet Fong berkata, kewujudan Pusat Haemato itu selari dengan misi pihaknya dalam memberi kesan positif kepada kehidupan mereka yang menghidapi kanser.

“Ia juga satu langkah ke hadapan dalam usaha berterusan kami untuk menyediakan penjagaan yang boleh diakses dan komprehensif kepada masyarakat,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak hasrat jadi hab pelancongan kesihatan menjelang 2025

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI