TAIPING – Sambutan Hari Malaysia 2026 di Parlimen Bukit Gantang berlangsung meriah menerusi Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang, Trong.
Penyertaan tahun ini meningkat dengan 206 peserta, termasuk tujuh bot daripada masyarakat Cina, sekali gus memperlihatkan penglibatan masyarakat berbilang kaum dalam memeriahkan sambutan Hari Malaysia.
Peserta turut menghiasi bot masing-masing dengan sekurang-kurangnya 10 bendera Malaysia dan Perak, selain berpeluang merebut hadiah wang tunai sehingga RM5,000. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





