TAIPING – Penyertaan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia 2026 Peringkat Parlimen Bukit Gantang meningkat 60 peratus kepada 206 peserta berbanding 130 tahun lalu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pertambahan peserta membuktikan program yang memasuki tahun kelima penganjurannya semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat setempat.
Beliau berkata, penganjur juga terpaksa menolak beberapa permohonan penyertaan lain selepas jumlah peserta mencapai kapasiti yang ditetapkan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





