MGPerak: Jelajah Aim TVET Cikgu Din Sasarkan 1,000 Pengunjung

5

IPOH – Program ‘Jelajah AIM TVET with Cikgu Din’ peringkat daerah Perak Tengah dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini menyasarkan kehadiran 1,000 pengunjung, termasuk pelajar sekolah dan masyarakat setempat.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, program berkenaan akan berlangsung pada 26 September ini di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit, dengan memberi tumpuan kepada bidang agroteknologi moden.

Katanya, fokus itu selaras dengan niche daerah Perak Tengah di bawah pelan Perak Sejahtera 2030 yang mempunyai komuniti pertanian termasuk pesawah, peladang, pekebun kelapa sawit dan pengusaha tanaman kontan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini