BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang memberikan kuasa perundangan secara berstruktur kepada komuniti dalam mengurus isu haiwan ternakan merayau.
Setiausaha MDBG, Muazatul Adawiyah Muhammad, berkata, inisiatif perintis itu mendapat kelulusan penuh daripada Kerajaan Negeri Perak yang membolehkan pasukan jawatankuasa tempatan bertindak di bawah kerangka Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MDBG) 2012.
Katanya, melalui usaha itu, seramai 16 Pengerusi dan Setiausaha JPKK dari Mukim Tronoh, Lahat, Tanjung Tualang, Sungai Raya dan Sungai Terap dilantik sebagai ejen atau Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau MDBG. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





