MGPerak: Kemahiran Solekan Jadi Kerjaya, Mampu Raih Lebih RM10,000 Sebulan

3

KEMAHIRAN dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah mampu menjadi sumber pendapatan lumayan apabila mampu memenuhi kehendak pasaran.

Bidang solekan antara kemahiran yang semakin mendapat perhatian apabila ia bukan sekadar menawarkan peluang kerjaya sebagai jurusolek atau make-up artist (MUA), malah boleh dikembangkan kepada perkhidmatan penggayaan pengantin atau ‘groom stylist’ yang turut mempunyai permintaan.

Meskipun mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan Sains Sukan dan Rekreasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Hayatul Irdina Khairul Anwar, 25, berkata, minatnya dalam dunia solekan berputik ketika berusia 15 tahun.

Katanya, penularan COVID-19 menjadi antara titik perubahan apabila situasi pandemik ketika itu menyebabkan peluang pekerjaan terhad, sekali gus mendorongnya menggunakan kemahiran asas solekan yang telah dimiliki untuk menjana pendapatan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #kemahiransolekan #TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini