Sunway Medical Centre Ipoh (SMCI) menjadi hospital pertama di Asia Tenggara yang menempatkan Pusat Kecemerlangan Rawatan High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) Prostat menerusi penggunaan teknologi Sonablate HIFU bernilai RM4 juta.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, penubuhan pusat berkenaan memperkukuh perkhidmatan urologi komprehensif yang disediakan hospital berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #RawatanHIFUProstat #SunwayMedicalCentreIpoh


