IPOH – Persatuan Seni Seramik Perak (PERSERA) terus komited memartabatkan seni seramik sebagai warisan budaya, selain memacu inovasi bagi memastikan bidang itu kekal relevan dalam perkembangan seni masa kini.
Ditubuhkan pada 2016, PERSERA menjadikan tagline ‘Memartabat Warisan, Memacu Inovasi’ sebagai pegangan utama dalam usaha memperkenalkan, memelihara dan mengembangkan seni seramik bukan sahaja di Perak, malah ke seluruh Malaysia. -MGPerak





