MGPerak: KKM, KPM Perkukuh Kerjasama Tangani Buli, Cegah Risiko Pelajar Bunuh Diri

84

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani kesan buli terhadap pelajar, khususnya bagi memastikan mereka yang terkesan mendapat sokongan awal dan sewajarnya bagi mengelakkan risiko lebih serius termasuk cubaan membunuh diri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama antara kedua-dua kementerian merangkumi usaha meningkatkan kesedaran dan literasi kesihatan mental, selain memperkasakan pengesanan awal, proses rujukan serta intervensi terhadap pelajar yang mengalami kesan akibat buli.

Menurutnya, KKM turut memperkukuh perkhidmatan kaunseling di sekolah termasuk aspek saringan dan pengesanan awal perubahan tingkah laku atau simptom yang memerlukan perhatian. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini