Perak miliki loji biogas-ke-tenaga pertama di Utara Semenanjung

IPOH –  Projek Biogas-ke-Tenaga berkapasiti 2 megawatt (MW) di Tapak Pelupusan Sanitari Lahat di sini menjadi loji biogas-ke-tenaga tapak pelupusan sanitari pertama yang beroperasi di Utara Semenanjung Malaysia.

Dibangunkan syarikat swasta Teraju Sepadu Sdn Bhd, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), projek itu mula beroperasi secara komersial pada 28 Mei 2025 selepas mencapai ‘Feed-in Tariff Commercial Date’ (FITCD) pada 19 Mei tahun sama.

Projek berkenaan memanfaatkan gas yang terhasil daripada proses pereputan sisa pepejal untuk menjana tenaga elektrik, selain membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau khususnya metana ke atmosfera.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar pada Majlis Pelancaran Rasmi Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas 2MW di Tapak Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas, Lahat. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 SEPTEMBER 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, loji itu bukan sahaja menghasilkan tenaga, malah membantu mengurus gas yang terhasil daripada sisa pepejal di tapak pelupusan berkenaan.

“Gas tersebut dikumpulkan dan digunakan untuk menjana elektrik. Maka loji ini melakukan dua kerja yang saling berkait.

“Pertama, ia membantu kita mengurus gas daripada tapak pelupusan dan kedua menghasilkan tenaga daripadanya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rasmi Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas 2MW, Tapak Pelupusan Sanitari Lahat, di sini, pada Isnin.

loji biogas-ke-tenaga Keyphrase synonyms: projek biogas-ke-tenaga, loji tenaga biogas, loji biogas tapak pelupusan, tenaga biogas Related keyphrases: loji biogas-ke-tenaga Perak loji biogas Tapak Pelupusan Sanitari Lahat tenaga boleh diperbaharui Perak biogas tapak pelupusan sanitari tenaga elektrik daripada biogas
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Pelancaran Rasmi Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas 2MW di Tapak Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas, Lahat. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 SEPTEMBER 2026.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching; Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim; Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah, serta Pengarah Urusan Teraju Sepadu Sdn Bhd, Datuk Roshidi Hashim.

Menurut Saarani, kejayaan projek itu tidak seharusnya dinilai berdasarkan kapasiti 2MW semata-mata, sebaliknya ia juga perlu mengambil kira melalui jumlah tenaga sebenar yang dijana serta pengurusan bekalan gas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Rasmi Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas 2MW di Tapak Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas, Lahat. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 SEPTEMBER 2026.

Justeru kata beliau, usaha yang digerakkan di tapak pelupusan sanitari itu membuka ruang kepada negeri untuk meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui lain mengikut kesesuaian di lokasi lain.

“Perak boleh meneroka lebih banyak sumber tenaga boleh diperbaharui. Ada tempat yang sesuai untuk tenaga solar. Ada pula potensi daripada biogas atau biojisim. 

“Tetapi saya tidak mahu kita terus menetapkan bahawa setiap daerah mesti mempunyai projek yang sama. Lihat dahulu sumbernya, keperluannya dan kemampuan untuk mengendalikannya,” katanya lagi.

loji biogas-ke-tenaga Keyphrase synonyms: projek biogas-ke-tenaga, loji tenaga biogas, loji biogas tapak pelupusan, tenaga biogas Related keyphrases: loji biogas-ke-tenaga Perak loji biogas Tapak Pelupusan Sanitari Lahat tenaga boleh diperbaharui Perak biogas tapak pelupusan sanitari tenaga elektrik daripada biogas
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika melawat pada Majlis Pelancaran Rasmi Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas 2MW di Tapak Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas, Lahat. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 SEPTEMBER 2026.

Saarani berkata, agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengenal pasti potensi sisa yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga dengan mengambil kira bekalan bahan, teknologi, kos serta keupayaan pengurusan untuk jangka panjang.

Menurut beliau, pendekatan itu selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang menggabungkan pembangunan negeri dengan usaha menjaga alam sekitar dan menggunakan sumber secara lebih cekap. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Perak teroka pelaburan RM200 juta projek tenaga hijau di Tanjong Tualang

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI