PRN Melaka: Tukang urut OKU pulang dari Ipoh untuk mengundi

MELAKA – Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Muhammad Adam Iskandar Muhammad Rayme menempuh perjalanan jauh dari Ipoh, Perak bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

​Muhammad Adam Iskandar, 23, berkata PRN itu menjadi pengalaman mengundi kedua untuknya selepas kali pertama menyertai proses pilihan raya pada usia 19 tahun dan ketika itu, dia ditemani ibunya.

“Kali ini saya datang dengan adik dan kami tiba seawal 7 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin.

“Rasanya kali ini lebih lancar dan mudah kerana saya sudah ada pengalaman,” katanya yang mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil kepada Bernama.

​Muhammad Adam Iskandar yang bekerja sebagai tukang urut di Ipoh juga memuji kecekapan dan kesudian petugas pilihan raya yang memudahkan urusannya sepanjang mengundi.

​”Proses pengundian menjadi lebih mudah dan teratur (dengan bantuan petugas),” katanya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI