Draf Kaedah Perikanan Sungai Perak 2026 di peringkat akhir – Exco

KUALA KANGSAR – Jabatan Perikanan Perak dalam proses akhir pengemaskinian draf Kaedah Perikanan Sungai Perak 2026 dan Kaedah (Akuakultur Perikanan Darat) Perak 2026.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kaedah tersebut akan dibentangkan kepada beliau terlebih dahulu sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

“Jadi berkaitan dengan perincian status, draf Kaedah Perikanan Sungai Perak 2026 dan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Perak 2026 telah menerima komen dan cadangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk penambahbaikan ke atas draf kaedah-kaedah tersebut.

“Maknanya ia sudah berada diperingkat akhirlah sebelum kita angkat ke MMK,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas hadir ke Majlis Kemuncak Fiesta Ikan Perak Tahun 2026 di R&R Sungai Perak Arah Selatan, Lebuhraya PLUS, di sini, pada Jumaat.

Ditanya sama ada draf berkenaan bakal diangkat ke MMK Negeri Perak dalam tahun ini atau tidak, Zolkafly tidak menolak kemungkinaan berkenaan memandangkan mesyuarat berkenaan berbaki tiga sesi sehingga Disember ini.

“Kita ada lagi tiga kali mesyuarat exco kerajaan negeri sehingga 21 Disember tahun ini. Jadi kalau ia (draf) okay maka kita boleh angkat dalam mesyuarat berkenaan.

“Kalau tidak sempat juga maknanya awal Januari tahun depan kita angkat untuk pewartawaan,” katanya.

Terdahulu pada September 2024 media melaporkan Jabatan Perikanan Perak akan meminda peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Perak 1992 bagi menangani isu ikan asing di sungai-sungai di negeri ini. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI